ARTIKEL

BERCAKAP… ADUN Bukit Semuja, John Ilus (tengah) bercakap pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penanaman pokok SEB dan Majlis Daerah Serian di pekarangan Tasik Baru, Taman Danu.

Serian sedia 47 Pusat Pemindahan Sementara hadapi banjir 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Sebanyak 47 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seluruh kawasan Serian telah dikenal pasti sebagai persediaan menghadapi musim banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Semuja, John Ilus berkata, kebarangkalian jumlah PPS akan bertambah berikutan Simunjan kini termasuk dalam kawasan Serian.

“Buat masa ini kita ada 47 PPS di semua bahagian Serian.

“Kawasan Serian sekarang mempunyai bahagian ditambah, salah satunya ialah Simunjan dan saya pasti PPS mungkin akan bertambah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis penanaman pokok oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) bersama Majlis Daerah Serian di Tasik Baru, Taman Danu, hari ini.

Menurutnya, setiap PPS adalah di bawah jagaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di samping memastikan bekalan makanan di pusat mencukupi serta mengendalikan pemindahan mangsa-mangsa banjir.

Tambahnya, Jawatankuasa Bencana Serian juga mengadakan kerjasama bersama agensi berkaitan dalam memastikan zon-zon tertentu sentiasa dalam pemantauan.

“Ramai agensi terlibat, Jawatankuasa Bencana Banjir melibatkan agensi khususnya APM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), RELA, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Kebajikan.

“Agensi tersebut akan memantau dan mengendalikan semua aset-aset termasuk keselamatan penduduk kampung dari peringkat akar umbi,” tambahnya.

Dedahnya, setakat ini keadaan banjir yang bakal melanda masih belum diketahui dengan mengambil kira pembinaan lebuh raya Pan Borneo di kawasan Serian.

Jelas John, banjir di Serian biasanya berlaku menjelang bulan Disember setiap tahun dan waktu kemuncaknya adalah pada Chap Goh Mei.

Antara lokasi kerap banjir di Serian ialah Tebekang dan Sebemban.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan