ARTIKEL

Sertai Larian Amal ‘Bunny Autism Run 2023’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Larian Amal ‘Bunny Autism Run 2023’ bagi memastikan sasaran 3,000 peserta dapat dicapai.

Larian yang bakal berlangsung pada 30 April depan itu bertujuan untuk mengumpul dana bagi pengoperasian Pusat Pendidikan & Latihan Vokasional Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang
berjumlah RM1.2 juta setiap tahun.

Menurut Setiausaha KAA yang juga pengerusi penganjur larian, Duane Reggie, setakat 12 Mac lalu sekitar 1,000 peserta sudah mendaftar.

“Walaupun jumlah tersebut agak menggalakkan, namun ia masih jauh kurang daripada sasaran 3,000 peserta yang disasarkan.

“Sehubungan itu, kami menyeru orang ramai termasuk pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta kerajaan untuk menyertai dan menyokong program ini,” katanya.

Setiausaha KAA yang juga Pengerusi Penganjur Larian Amal ‘Bunny Autism Run 2023’ Duane Reggie.

Beliau berkata demikian pada sidang media penyerahan cek dan hadiah daripada penaja Larian AMal ‘Bunny Autism Run 2023’ di KAA, di sini, hari ini.

Tambahnya, larian tersebut juga bertujuan mewujudkan kesedaran komuniti tentang autisme itu akan diadakan di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bermula jam 6.30 pagi.

Beliau dalam pada itu menzahirkan penghargaan kepada para penaja khususnya 38 Yayasan Amal Cinta, I-Metal, Lee Onn Development Sdn Bhd, Tecktonic & Sons, SEDC, Atur Rancang Telus Sdn Bhd, Arkitek KDI, Trienekens, Hock Peng Sdn Bhd, SOCOE dan banyak lagi.

Larian tersebut menawarkan beberapa kategori iaitu tiga kilometer (km) dan lima km dengan setiap jarak larian, peserta boleh memilih dan mendaftar untuk mana-mana daripada empat kategori.

Antara empat kategori itu adalah Kategori A (Medal + Baju + Bib) berjumlah RM50; Kategori B (Tee + Bib sahaja) berjumlah RM35; Kategori C (Medal + Bib sahaja) berjumlah RM30, manakala Kategori D (Bib sahaja) berjumlah RM15.

Peserta yang berminat boleh mendaftar secara dalam talian melalui https://www.ticket2u.com.my/event/29527/bunny autism-run-2023 atau secara manual di pejabat KAA sebelum 30 Mac 2023.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 082-686363 (pejabat KAA), 010-2636300 (Odilia Beatrice) & 016-5791906 (Stephanie Goh).

BERITA LAIN

Larian Hari Sarawak di Binatngor

BINTANGOR: Orang ramai dipelawa menyertai Larian Hari Sarawak sempena sambutan Sarawak Merdeka Peringkat Daerah Bintangor, pada 22 Julai ini. Acara itu dijangka kehadiran lebih 800

Persiapan SUKMA 2024 capai lebih 90 peratus

KUCHING: Persiapan bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos ini sudah mencapai lebih 90 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya