ARTIKEL

Sertai program sukarela bantu masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kelab Kenyalang Prodigy terus aktif menganjurkan program sukarela untuk menyumbang kepada masyarakat di negeri ini.

Bersempena Hari Belia Negara, kelab tersebut menganjurkan Hari Sukarela di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Buntal baru-baru ini.

Presidennya Abdul Adzim Adzmi Abdul Rahman berkata, program tersebut disertai 23 belia sekitar bandar raya ini.

“Program ini dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan termasuk penjarakan fizikal pada majlis atau aktiviti keramaian,” katanya.

Menurutnya, gotong-royong membersihkan PDK merupakan inisiatif kelab untuk memastikan kebersihan premis tersebut berada pada tahap terbaik selepas ditutup beberapa bulan akibat pandemik Covid-19.

“Kerja-kerja pembersihan seperti memotong rumput dan pokok, mencuci longkang, pembersihan stor dan membaik pulih fasiliti PDK merupakan antara aktiviti yang dilakukan,” ujarnya.

Abdul Adzim berharap bantuan daripada kelab tersebut dapat membantu meringankan beban kakitangan PDK apabila kembali beroperasi dalam masa terdekat.

PDK yang telah beroperasi sejak 15 tahun lalu berfungsi sebagai pusat latihan pembangunan kapasiti kemahiran untuk golongan OKU.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU