ARTIKEL

BERI PENERANGAN….Suhardi Alias ketika memberi penerangan pada sesi dialog tersebut.

Sesi Dialog PJS: Perkongsian maklumat tadbir urus persatuan sukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program Sesi Dialog Pesuruhjaya Sukan (PJS) Bersama Badan Sukan Negeri Sarawak yang berlangsung hari ini merupakan satu sesi landasan berkongsi dan mendapatkan maklum balas secara terus dari pemegang taruh terutamanya persatuan sukan yang menerajui badan sukan di Negeri Sarawak.

Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Suhardi Alias menegaskan, objektif penganjuran program tersebut adalah menjadikan PJS sebagai pemudah cara dan penghubung antara badan sukan mencakupi semua peringkat seperti daerah, negeri dan peringkat kebangsaan di negara ini.

Selain berperanan mengeratkan jalinan kerjasama antara PJS dan semua badan sukan pelbagai peringkat selain memberi pendedahan mahupun penerangan kepada badan sukan mengenai tadbir urus pengurusan badan sukan untuk lebih baik dan cemerlang.

“Program ini juga turut melibatkan sesi libat urus untuk Pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 yang kali terakhir melalui proses pindaan pada tahun 2018. 

“Ini kerana perubahan ekosistem sukan terutamanya di peringkat global memerlukan akta ini diteliti semula untuk keperluan penambahan atau pindaan di beberapa seksyen,” ujarnya pada sesi dialog di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak sebentar tadi.

Justeru katanya, semua pemegang taruh berkaitan sukan di seluruh negara tidak dikecualikan dari memberikan pandangan dan cadangan atas hasrat pindaan akta ini termasuk badan sukan di Negeri Sarawak khususnya.

Beliau menegaskan, Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI pada tahun depan.

Oleh yang demikian, semestinya persatuan-persatuan sukan peringkat negeri bagi sukan yang disenaraikan ini akan terlibat bagi membantu badan sukan kebangsaan dari segi tadbir urus  sepanjang tempoh pengelolaan temasya dwitahunan negara itu kelak.

Katanya, diharapkan dengan pelaksanaan program ini dapat menjadikan tadbir urus badan sukan selaras dengan kehendak Akta Pembangunan Sukan dan perlembagaan badan sukan serta pemegang jawatan badan sukan akan lebih mahir dalam urusan pentadbiran badan sukan.

Hadir sama pada sesi dialog tersebut, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) Negeri Sarawak, Lamat Nyalau dan Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak, Azizi Johari.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU