ARTIKEL

Sesi persekolahan tiga daerah ditangguh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memutuskan sesi persekolahan di tiga daerah iaitu Kuching, Samarahan dan Padawan ditangguhkan ke 3 Ogos depan.

Ia membabitkan 138 buah sekolah iaitu 87 buah di Daerah Kuching, 48 buah di Daerah Padawan dan tiga buah di Daerah Samarahan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keputusan tersebut diambil atas nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak dan persetujuan bersama semua pihak termasuk, wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak).

Jelasnya, ia berikutan kes penularan Covid-19 di tiga daerah tersebut.

“Ia membabitkan Kelas Peralihan, Tingkatan 1, 2 ,3 ,4 dan Tingakatan 6 Rendah, manakala bagi sekolah rendah ia melibatkan Tahun 5 dan Tahun 6 yang dijadual pada 15 Julai termasuk sekolah rendah bagi tahun 1, 2 ,3 dan 4,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Bangunan Dun Lama semalam.

“Manakala bagi kelas prasekolah, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas sesi persekolahan diteruskan seperti biasa.

“Ia termasuk taska dan tadika yang telah dibuka minggu lalu, sesi pem-belajaran diteruskan seperti biasa.

“Penangguhan ini turut melibatkan sekolah di kawasan bandar di tiga daerah tersebut,” ujarnya.

Douglas Uggah yang Pengerusi JPBNS berkata, bagi sekolah yang berada di kawasan zon hijau, sesi persekolahan bermula hari ini seperti yang dijadualkan.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali