Sessang Tigris dan MCDF SA rangkul gelaran juara

PASUKAN Sessang Tigris dan MCDF SA muncul juara masing-masing bagi kategori veteran dan wanita pada kejohanan futsal bersempena program Sukan Wanita dan Veteran Peringkat Negeri 2019 yang berlangsung di Stadium Mini Betong, Rabu.

Kedua-dua pasukan jaguh tersebut berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500 beserta trofi dan medal.

Naib juara bagi kategori veteran disandang oleh PSKPP A untuk memenangi hadiah RM300 beserta medal. Manakala tempat ketiga Jang VS turut menerima RM100 beserta medal.

Sementara untuk kategori wanita berupa hadiah RM300 beserta dan medal selaku naib juara dimiliki oleh pasukan Neo dan Kedit FT berada pada tempat ketiga turut pulang dengan hadiah RM100 beserta medal.

Hadiah disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong Nurul Zamzam Shafi’ie.

Terdahulu, sepak mula pembuka tirai disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Zaini Abdul Aziz.

Menurut Nurul, sebanyak 10 pasukan bersaing pada pertandingan yang berlangsung pada hari cuti am sempena Hari Pekerja.

Katanya, penganjuran kejohanan yang lebih bersifat santai dan riadah ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara masyarakat khususnya golongan wanita dan veteran yang terlibat dalam kejohanan ini selain menggalakan aktiviti sihat.

Selain itu mengintai bakat yang mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Pihaknya berbesar hati melantik Kelab Sukan dan Rekreasi JPAM Betong terlibat bersama dalam pengelolaan pertandingan tersebut.

Hadir sama Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Betong Kapten (PA) Usman Harto dan Penolong PPAD Betong Leftenan Muda (PA) Desem Samuel.

Suara Sarawak