ARTIKEL

Setiausaha Kerajaan Sarawak santuni mangsa banjir di PPS Simunjan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Lawatan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Mesra Simunjan mencerminkan inisiatif Kerajaan Sarawak yang meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan ketika berdepan bencana.

Beliau berkata, lawatan tersebut turut menonjolkan keprihatinan serta komitmen berterusan Kerajaan Sarawak, khususnya dalam memastikan keperluan asas mencukupi dan pemantauan berterusan dilaksanakan.

“Kerajaan Sarawak komited menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat, selain memastikan penyelarasan berkesan antara agensi di peringkat lapangan,” katanya selepas melawat PPS Dewan Mesra Simunjan, di sini, hari ini.

Lawatan itu turut bertujuan meninjau pengurusan operasi serta tahap kebajikan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat tersebut susulan hujan berterusan di daerah itu.

Semasa lawatan, beliau menerima taklimat mengenai situasi semasa banjir, jumlah mangsa terjejas serta langkah-langkah yang telah diambil oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah bagi memastikan keselamatan dan keselesaan mangsa sepanjang berada di PPS.

Beliau turut menyantuni mangsa banjir dan merakamkan penghargaan kepada semua agensi keselamatan serta penyelamat yang terlibat secara langsung dalam operasi pemindahan dan pengurusan PPS.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU