KEHIDUPAN manusia bersifat sementara dan tidak ada yang kekal abadi.
Namun, pernahkah kita semua terfi kir bagaimanakah kita menjadikan hidup ini sebagai ladang tanaman yang mampu memberi manfaat dan hasilnya kepada masyarakat di sekeliling.
Dengan erti kata lain, kita sentiasa memberi manfaat dan kebaikan kepada manusia yang lain. Ia bertepatan dengan ungkapan Baginda SAW yang memberi perumpamaan manusia yang sentiasa memberi manfaat seperti pohon kurma.
Daripada Ibn Umar dia berkata; aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan Mukmin itu seperti pohon kurma, apa-apa pun yang engkau ambil darinya pasti bermanfaat bagimu.” (maksud hadis riwayat AtTabarani) Bahkan perumpamaan ini juga digunakan oleh Allah SWT dalam al-Quran.
Sebagaimana fi rman-Nya: “Serta pohon-pohon kurma yang tinggi menjulang, yang mengeluarkan mayang, berlapis-lapis, lagi lebat putiknya.”(maksud Qaf:10) Al-Baqai juga menyebut dalam kitabnya tentang manfaat pohon kurma: “Pohon kurma adalah salah satu keajaiban kerana segala yang dihasilkannya serta manfaatnya yang tiada tandingan dibandingkan dengan pokok lain.
Pokok ini unik dari segi panjang dan pendeknya, serta keserasiannya dalam memberikan manfaat kepada manusia dan haiwan.” (Nazm al-Durar fi Tanasub al-Ayat wa al-Suar, 18:412) Melalui sepohon kurma mampu memberikan manfaat begitu banyak kepada manusia seperti batangnya yang kuat dapat dijadikan jambatan, tiang rumah dan begitu juga daunnya boleh dijadikan atap rumah, tikar serta pelbagai lagi manfaatnya.
Apatah lagi kalau buah kurma itu sendiri yang sememangnya tidak dapat dinafi kan khasiat dan manfaat untuk manusia.
Inilah implementasi daripada konsep didikan Islam terhadap umatnya iaitu mempunyai iman yang kukuh dalam diri dan memupuk sifat suka memberi manfaat kepada masyarakat.
Membantu masyarakat dengan kebaikan seperti mengajar ilmu agama, meringankan kesusahan, bersedekah, menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan menegur perkara kemungkaran.
Allah SWT berfi rman: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).
Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.” (Maksud Ali Imraan: 104)
PERBAIKI DIRI SENDIRI
Dalam kita menyebarkan kebaikan kepada orang lain seperti berdakwah, berinfak harta dan apa-apa sahaja kebaikan dilakukan, tindakan itu secara tidak langsung sebenarnya memperbaiki kehidupan kita sendiri ke arah yang lebih baik.
Sebagaimana fi rman Allah: “Jika kamu berbuat baik, sesungguhnya kamu berbuat baik untuk diri kamu sendiri.” (maksud al-Israa”: 7) Daripada Abdullah Umar RA, sabda Rasulullah SAW: “Dan sesiapa (yang bersedia) membantu keperluan saudaranya, maka Allah (akan senantiasa) membantu keperluannya.” (maksud hadis riwayat Bukhari) Kita memiliki kemampuan berbezabeza dalam melaksanakan kebaikan.
Ada yang mampu menyumbang dalam bentuk kata-kata, penulisan atau memiliki kemahiran mengedit video dan pelbagai lagi kemahiran tersendiri yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita semua
. Oleh itu, kebaikan tidak terhad untuk satu perkara, namun kita dituntut melakukan kesemua perkara hanya kepada satu iaitu Allah SWT, tuhan semesta alam.
Pasti semua kebaikan dibalas oleh Allah SWT, bahkan berlipat ganda pahala yang diperoleh jikalau kita benar-benar ikhlas dan mengharapkan keredaan-Nya.



