SERIAN: Sebagai usaha memeriahkan Bulan Kemerdekaan tahun ini, Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA) akan menganjurkan Kejohanan Futsal 2025.
Pengerusi Kejohanan, Abdul Razak Bujang memberitahu, kejohanan terbabit dijadual berlangsung pada 23 hingga 24 Ogos depan bertempat di padang futsal Kompeks Sukan Balai Ringin.
Menurut Razak, saingan kali ini terhada kepada 32 pasukan sahaja dengan format secara liga kumpulan untuk peringkat awal dan kalah singkir peringkat seterusnya.
“Kita mengalu-alukan pasukan berminat untuk turut serta. Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi saya di talian 019-8768707 atau Grazeline Nyirin (014-8980202),” ujar Raza.

