ARTIKEL

Shabrina Leanor

Shabrina bangkit daripada kecaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Penyanyi dan juara Indonesian Idol musim ke-13, Shabrina Leanor, mendedahkan dia pernah berada pada titik paling sukar dalam hidupnya apabila tidak lagi mampu menahan kecaman berterusan terhadap bentuk tubuhnya.

Pengalaman pahit itu akhirnya mendorong penyanyi berusia 26 tahun itu mengambil keputusan menjalani pembedahan bariatrik bagi mengubah gaya hidup serta meningkatkan tahap kesihatannya.

Menurut Shabrina, sejak menyertai pertandingan nyanyian popular itu pada usia 24 tahun, dia sering menjadi sasaran komen negatif yang bukan sahaja mengkritik fi zikalnya, malah mempertikaikan kelayakannya sebagai seorang penyanyi hanya kerana berbadan besar.

Katanya, dia tidak pernah mempunyai masalah dengan bentuk tubuhnya sendiri kerana selesa dan gembira dengan dirinya.

Namun, kata-kata yang menggambarkan penyanyi bertubuh gempal tidak mampu berjaya dalam industri hiburan sedikit demi sedikit memberi tekanan sehingga menjejaskan emosinya.

Lebih menyedihkan, ada yang menyamakan penampilannya seperti seorang ibu kepada tiga anak walaupun ketika itu usianya masih muda.

Komen pedas itu menjadi pembakar semangat buat Shabrina untuk membuktikan dia mampu berubah dan melakukan yang terbaik untuk dirinya.

Mengakui dirinya seorang yang kelihatan ceria dan kuat di mata ramai, Shabrina bagaimanapun berkata dia tetap seorang manusia biasa yang mempunyai perasaan.

Katanya, kecaman yang diterima secara berterusan menyebabkan dia menangis, bersedih dan berasa kecewa walaupun cuba kelihatan tabah di hadapan orang ramai.

“Ketika menyertai pertandingan itu, usia saya baru 24 tahun dan masih muda.

Namun, saya dikatakan seperti ibu kepada tiga anak.

Ketika itulah saya nekad untuk melakukan yang terbaik bagi menurunkan berat badan,” ujarnya.

Selepas bergelar juara Indonesian Idol musim ke-13, Shabrina berjaya menurunkan berat badan secara semula jadi sebelum mengambil keputusan menjalani pembedahan bariatrik di Malaysia sekitar Januari lalu.

Keputusan itu dibuat demi kesihatan dan kesejahteraan dirinya selepas melalui pelbagai cabaran sepanjang bergelar anak seni.

Bagaimanapun, perubahan fi zikal yang dialaminya hari ini tidak bermakna kecaman terhadap dirinya terhenti.

Shabrina berkata masih ada segelintir pihak yang membandingkan penampilannya sekarang dengan penampilannya dahulu, malah ada yang mendakwa mereka lebih menyukai bentuk badannya sebelum ini.

Shabrina turut mengakui dirinya bukanlah sekuat yang disangka ramai.

Walaupun sering dilihat ceria dan lantang bersuara, dia tetap mempunyai perasaan dan tidak terlepas daripada rasa sedih apabila berdepan kecaman yang berterusan.

“Apabila menceburi dunia hiburan, saya berdepan dengan pelbagai cemuhan, kritikan dan macam-macam lagi.

“Lama-kelamaan, semua itu memberi kesan kepada saya.

Walaupun orang menganggap saya seorang yang banyak bercakap dan keras hati, hakikatnya saya juga boleh menangis, bersedih dan berasa kecewa,” luahnya.

Biarpun kini tampil lebih langsing, dia mengakui masih menerima pelbagai pandangan daripada orang ramai.

“Saya fi kir bentuk badan sebelum ini adalah yang terbaik, namun tetap dikecam.

“Apabila sudah kurus, ada pula yang mengatakan mereka lebih menyukai bentuk badan saya dahulu.

Bagi saya, versi diri yang terbaik ialah mensyukuri yang kita ada dan menjalani kehidupan dengan tenang,” katanya.

BERITA LAIN

Yusuf Mahardika Lawan Rasa Takut

Mengakui dirinya penakut, pelakon Indonesia, Yusuf Mahardika, terpaksa berfikir dua kali sebelum menerima tawaran membintangi filem seram Rambut Sewu: Satu Langkah Geth. Namun, demi mencabar

ANZALNA NASIR titip doa buat AMIRA

Pelakon Anzalna Nasir turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran rakan baiknya, pelakon dan penyanyi Amira Othman. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Anzalna meluahkan

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah