»PELAKON, Shah Rukh sebelum ini pernah menceritakan tentang betapa pentingnya filem baginya, kerana ia menghalangnya daripada hilang akal.
Menerusi temu bual terdahulu, Shah Rukh pernah berkata membuat filem adalah satu-satunya cara dia menangani kesedihan ketika kematian ibu bapanya.
“Bagi saya, pembikinan filem satu-satunya cara yang saya tahu menangani kesedihan. Saya sangat, sangat terikat dengan ibu bapa saya.
“Saya sangat merindui mereka, terutama sekarang, apabila saya berjaya, kerana saya mahu mereka melihat sebahagian daripada kejayaan itu,” katanya.
Untuk makluman, Shah Rukh kehilangan bapanya ketika masih di usia remaja, dan beberapa tahun kemudian, ibunya meninggal dunia.



