ARTIKEL

Shah Rukh Khan terima ugutan bunuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELAKON BOLLYWOOD, Shah Rukh Khan, dikejutkan dengan ugutan bunuh yang diterima melalui mesej daripada nombor telefon milik seorang peguam.

Ugutan itu meminta bayaran sejumlah wang, dengan ancaman aktor tersohor tersebut dibunuh jika enggan menurutinya.

Bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya, Shah Rukh segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Polis Mumbai mengesahkan menerima laporan itu dan memanggil individu terbabit untuk membantu siasatan.

Namun, pemilik nombor telefon yang dikenal pasti mendakwa dirinya tidak bersalah, menyatakan telefonnya hilang beberapa hari sebelum mesej itu dihantar.

Kejadian ini mengundang perhatian ramai, khususnya para peminat Shah Rukh Khan.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan