KUCHING: Tabung Amanah Sumbangan Perumahan Sarawak (SHCFT) telah mengutip RM5.68 juta setakat 30 April lalu.
Timbalan Premier merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, kementeriannya komited mempertingkatkan proses kutipan dan pemantauan melalui transformasi pendigitalan dengan penambahbaikan Sistem Pembangunan dan Penyelenggaraan Perumahan (HOMEAPPS).
Pendigitalan proses kutipan dan agihan SHCFT tersebut meningkatkan ketelusan keseluruhan, memperbaiki kecekapan operasi serta mempercepatkan tempoh pemprosesan.
“Kami kekal teguh dalam memastikan tabung ini menjadi instrumen kewangan yang boleh dipercayai bagi menyokong agenda Kerajaan Sarawak untuk menyediakan 20,000 unit rumah mampu milik menjelang tahun 2030.
“Beberapa agensi seperti Lembaga Amanah Pembangunan Tanah (LCDA), Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) dan Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) turut melaksanakan inisiatif dan program perumahan mampu milik di Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini semalam.
Kui Hian berkata, HDC telah berjaya melaksanakan sebanyak 12 projek, merangkumi 679 unit rumah mampu milik di Kuching, Serian, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Miri dan Limbang, dengan jumlah peruntukan siling sebanyak RM147.97 juta.
Manakala di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), HDC telah diperuntukkan siling sebanyak RM105 juta pada tahun 2026 bagi pelaksanaan 12 projek fizikal yang merangkumi 1,052 unit rumah mampu milik di Kuching, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri, Limbang dan Lawas termasuk dua projek bukan fizikal iaitu Geran Mutiara Mortgage and Credit serta pengeluaran Hak Milik Strata.
Bagi inisiatif Projek Rakyat, beliau berkata, HDC telah berjaya melaksanakan empat projek yang merangkumi 154 unit Rumah SPEKTRA Permata (RSP).
“Ia terdiri daripada 62 unit di Skim Pembesaran Kampung (SPK) Santubong, 50 unit di SPK Hulu Kabong, 20 unit di SPK Tian, dan 22 unit di SPK Igan, dengan jumlah peruntukan siling sebanyak RM69.2 juta.
“Selain itu, di bawah RMK-13, HDC telah diperuntukkan siling sebanyak RM36 juta pada tahun 2026 bagi pelaksanaan sejumlah 276 unit Rumah SPEKTRA Permata (RSP) yang merangkumi 50 unit di SPK Gedong, 100 unit di SPK Sambir, 47 unit di SPS Limbang, dan 79 unit di SPS Banting, Lawas. Kesemua empat projek ini sedang dalam pelaksanaan,” katanya.

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS
KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil
