ARTIKEL

Shila Amzah rancang berhijrah ke China tahun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUCHONG: Penyanyi Shila Amzah merancang berhijrah ke China pada hujung tahun depan bagi memenuhi tuntutan kerjayanya yang semakin berkembang di negara itu.

Shila berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan suami dan anak-anak sentiasa bersamanya, selain mengurangkan tempoh berjauhan setiap kali perlu ke China atas urusan kerja menurut laporan Bernama.

Beliau juga bakal menandatangani kontrak baharu untuk projek jangka panjang di negara berkenaan.

Penyanyi yang pernah menetap hampir lapan tahun di China itu menegaskan kepulangannya bukan kerana lebih dihargai di sana, sebaliknya mahu mencari keseimbangan antara kerjaya di luar negara dan komitmen terhadap peminat di Malaysia. Beliau turut menghasilkan album penuh berbahasa Mandarin yang dijangka dilancarkan tahun depan.

Dalam perkembangan lain, Shila akan mengadakan Konsert KITA | Shila Amzah | 25 Tahun Bersama di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 15 Ogos ini dengan mempersembahkan 40 lagu dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris.

Konsert itu turut menampilkan beberapa artis tempatan serta segmen khas sebagai penghormatan kepada Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Michael Jackson dan Fish Leong yang banyak memberi inspirasi sepanjang 25 tahun perjalanan seninya.

BERITA LAIN

Dul Jaelani sertai ITOK FEST

TEKA-TEKI mengenal artis Indonesia yang bakal menyertai barisan penghibur ITOK FEST akhirnya terjawab apabila penyanyi dan pemuzik Abdul Qodir Jaelani, yang lebih dikenali sebagai Dul

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan