ARTIKEL

Petrus Shitembi pada sidang media menjelang pertemuan menentang Gangwon FC di Korea Selatan, hari ini. | Foto: Kuching City FC

Shitembi mahu KCFC lakar kejutan di gelanggang Gangwon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kuching City FC bertekad melakar kejutan ke atas Gangwon FC di gelanggang lawan bagi menghidupkan peluang mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027, petang esok.

Pemain tengah Kuching City, Petrus Shitembi berkata, skuad The Cats sedar kepentingan mencatat keputusan positif dalam pertembungan ketiga Kumpulan H itu selepas hanya mengumpul satu mata daripada dua perlawanan terdahulu.

Petrus Shitembi bersama-sama Aidil pada sidang media praperlawanan di Gangneung, hari ini. | Foto: Kuching City FC

Menurutnya, meskipun berdepan pasukan Korea Selatan yang memiliki barisan pemain muda dan bersemangat tinggi, Kuching City tetap bersedia memberikan tentangan sengit sepanjang 90 minit.

“Kami tahu apa-apa yang dipertaruhkan dalam perlawanan ini. Gangwon merupakan pasukan yang sukar ditewaskan, dengan barisan pemain muda yang sangat bersemangat.

Petrus Shitembi bersama-sama Aidil pada sidang media praperlawanan di Gangneung, hari ini. | Foto: Kuching City FC

“Namun, seperti yang dinyatakan jurulatih, kami menantikan pertemuan ini dan berharap dapat mempamerkan permainan yang menarik,” katanya pada sidang media praperlawanan di Gangneung, hari ini.

Shitembi mengakui kelebihan beraksi di laman sendiri serta sokongan penyokong bakal memberikan suntikan semangat kepada Gangwon, namun menegaskan The Cats mempunyai sasaran tersendiri untuk dicapai.

Petrus Shitembi bersama-sama Aidil pada sidang media praperlawanan di Gangneung, hari ini. | Foto: Kuching City FC

Beliau berkata, kedua-dua pasukan masih mempunyai peluang untuk memperbaiki kedudukan dalam kumpulan, sekali gus menjadikan pertembungan itu penting bagi menentukan hala tuju kempen masing-masing.

Menurut Shitembi, keputusan positif di Korea Selatan amat penting untuk memastikan Kuching City terus berada dalam persaingan merebut tempat ke pusingan seterusnya.

“Kami perlu meletakkan diri dalam kedudukan yang membolehkan pasukan terus mempunyai peluang dalam pertandingan ini. Sebab itu kami benar-benar menantikan perlawanan esok,” jelasnya.

The Cats membuka kempen Kumpulan H dengan kekalahan 1-2 kepada Phnom Penh Crown FC sebelum mencatat keputusan seri 1-1 menentang Kitchee SC, manakala Gangwon turut mengumpul satu mata selepas dua perlawanan.

Pertemuan di Stadium Gangneung yang dijadual bermula 6 petang waktu Malaysia itu menjadi peluang buat kedua-dua pasukan memburu kemenangan pertama dalam saingan kumpulan.

BERITA LAIN

KCFC sedia cabar Gangwon

KUCHING: Kuching City FC dan Gangwon FC bakal berentap dengan misi sama untuk memburu kemenangan sulung dalam Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027

BERITA TERBARU

KCFC sedia cabar Gangwon

KUCHING: Kuching City FC dan Gangwon FC bakal berentap dengan misi sama untuk memburu kemenangan sulung dalam Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027

Salur bantuan ikut kesesuaian, keperluan

KUCHING: Sebuah kerusi roda mungkin kelihatan seperti bantuan biasa, namun bagi seorang penduduk Kampung Lubok Buan berusia 63 tahun yang baru kehilangan kaki kirinya, peralatan