ARTIKEL

Shopee tawarkan hadiah, ganjaran eksklusif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Platform membeli-belah dalam talian, Shopee mengadakan Jualan Hari Jadi 12.12 yang menjanjikan promo terhangat, permainan menarik dan hadiah hebat mulai 1 hingga 15 Disember.

Shopee dalam kenyataan semalam berkata ‘Shopee Birthday Quest’ turut dilancarkan apabila pelanggan berpeluang memburu berlian yang dapat ditukar kepada baucar eksklusif sehingga RM100.

“Untuk pembeli yang mahir, jangan ketinggalan bermain ‘Voucher Scrabble’ semasa rancangan permainan Roda Shopee pada 8 malam di Shopee Live.

Kumpulkan kod baucar eksklusif untuk dua rebat dan sertai ‘12.12 Birthday Voucher Hunt’ untuk memaparkan kata kunci tersorok bagi empat baucar waktu terhad.

“Berikutan kedua-dua promosi ini menawarkan pelbagai baucar, anda berpeluang memaksimumkan penjimatan dan nikmati perbelanjaan hebat pada 12 Disember ini,” kata kenyataan itu.

Shopee berkata, ketika kemuncak festival pada 12 Disember, pelanggan yang berbelanja minimum sebanyak RM250 turut berpeluang mendapat baucar tambahan RM50 yang dapat digunakan semasa jualan lanjutan istimewa tiga hari dari 13 hingga 15 Disember 2023.

Selain itu, Shopee turut menganjurkan rancangan permainan Roda Shopee di Shopee Live dan berpeluang memenangi tol percuma. “Shopee turut bekerjasama dengan Touch ‘n Go dan untuk menyertai Roda Shopee.

Pengguna hanya perlu menebus kod unik daripada laman utama peraduan dan melengkapkan satu daftar keluar penstriman langsung untuk layak disenaraikan sebagai pengguna bertuah terpilih, bagi memutar roda dan peluang memenangi pelbagai hadiah termasuk hadiah utama setahun tol percuma,” katanya.

Menurut Shopee, kempen 12.12 Jualan Hari Jadi disokong oleh jenama terunggul termasuk 70mai, Abbott, Baseus, DESSINI, Kamatto, POLO HILL, Reckitt, Skechers, SKINTIFIC, SOME BY MI, TTRacing dan XES Shoes.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha