PELAWAK dan usahawan, Shuib mengalirkan air mata selepas mengetahui anak perempuan tunggalnya datang haid buat kali pertama.
Shahmira Muhammad, 40, lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu melalui akaun Instagramnya memuat naik video tersebut yang terlihat dia memeluk anak perempuannya Talita.
Shuib juga bertanya kepada peminatnya di ruangan kapsyen; adakah normal apabila bapa menangis mengetahui anaknya sudah meningkat ke alam dewasa.
Anak Perempuan Shuib, Dzahira Talita Zahra, berumur 11 tahun.






