ARTIKEL

Siapkan jambatan ikut jadual

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Jambatan Sungai Limbang Kedua di Kampung Pabahanan, semalam.

Katanya, jambatan sepanjang 777 meter itu sedang rancak dalam pembinaan dan dijadualkan siap penghujung Jun 2021.

“Apa yang saya lihat sepanjang lawatan, kerja-kerja pembinaan sedang rancak dilakukan oleh kontraktor.

“Walaupun cuaca tidak menentu, namun ia bukanlah masalah yang besar untuk menyiapkan projek ini mengikut jadual,” katanya.

Hasbi turut mengingatkan kontraktor agar menyiapkan projek mengikut tempoh yang ditetapkan dan menyelesaikan semua masalah yang timbul tanpa menjejaskan mutu kerja-kerja pembinaan.

“Projek ini amat besar makna nya kepada masyarakat di sini kerana ia akan meningkatkan lagi ekonomi mereka.
“Apabila siap, ia turut memendekkan masa dan jarak perjalanan dari Limbang ke Brunei.

Malah ia meningkatkan sistem jaringan jalan raya ke lapan buah kampung di seberang Sungai Limbang,” katanya.

Semasa lawatan kerja itu, rombongannya diberikan taklimat mengenai perkembangan terkini projek oleh pengurus projek.

Selesai sesi taklimat rombongan dibawa melawat ke tapak projek, termasuk projek di seberang Sungai Limbang.
Hadir sama Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah adat dan Pembangunan Wilayah merangkap Adun Bukit Kota Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Jurutera Kawasan JKR Pejabat Wilayah Utara Mohd Romzie Mohd Ali Adaha, Penolong Jurutera JKR Bahagian Limbang Mahathir Jokeni dan Wakil Pejabat Residen Limbang Sarina
Kimbing,

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan