Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Siasat aduan gaji pekerja

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Zaidi Nasar

KUCHING: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak menggesa Ordinan Buruh Negeri dipinda supaya selari dengan Akta Pekerjaan sekali gus melindungi kebajikan pekerja di negara ini.

Pengerusinya, Zaidi Nasar berkata, Seksyen 8C dipinda dan memberi kuasa kepada Pengarah Jabatan Tenaga Kerja untuk menyiasat semua aduan meliputi pekerja yang gajinya tidak melebihi RM10,000 sebulan.

Manakala, di bawah Ordinan Hari Kelepasan Am (Sarawak), lima daripadanya ialah Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Hari Pekerja dan Hari Malaysia perlu ditambah.

“Kita juga berpandangan setiap majikan hendaklah memberikan cuti paterniti berbayar selama tujuh hari sebagai tambahan ke ordinan, selain waktu kerja seminggu dihadkan kepada 45 jam, notis gangguan seksual, cuti bersalin dipanjangkan ke – 98 hari dan larangan diskmirinasi dalam pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaidi berkata, semua cadangan pindaan Akta Kerja 1955 tersebut perlu diseragamkan di seluruh Malaysa termasuk Sabah dan Sarawak bagi memberi perlindungan sosial yang sama rata kepada semua pekerja khususnya di negeri ini.

Perkara itu katanya, perlu mendapat perhatian segera Kerajaan Negeri agar pindaan Ordinan Buruh Sarawak untuk dibawa ke persidangan parlimen yang sedang berlangsung.

“MTUC Sarawak telahpun dihubungi ramai pekerja yg bertanya berkaitan pindaan tersebut, dan kelewatan pindaan ini amat mengecewakan mereka.

“Kebajikan dan kesaksamaan yang ada dalam Akta Kerja 1955 hendaklah diselaraskan dalam Ordinan Buruh Sarawak supaya ianya tidak menjadi kekeliruan pekerja yang layak untuk menikmati faedah-faedah yang telah termaktub dalam Undang-undang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga perlu memberi perhatian kepada keperluan kebajikan pekerja swasta dalam sama-sama berganding bahu membantu merealisasikan hala tuju pembangunan kerajaan negeri.

“Kesamarataan pindaan ini nanti akan dapat menghubungkan silaturahim yang harmoni di antara pekerja-pekerja dan syarikat-syarikat yang ada di Sarawak dan di Semenanjung jika ia di beri perhatian secara adil.

“Bagi menepis anggapan bahawa Sarawak selalu ketinggalan dalam menjaga kebajikan dan hakhak pekerja, kerajaan negeri harus memainkan peranan yang lebih serius dalam mengikut peraturanperaturan yang telah dimaktubkan dalam persidangan Organisasi Perburuhan Internasional (ILO),” tambahnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk