KUCHING: Datuk Seri Fatimah Abdullah mendesak agar siasatan menyeluruh dilakukan ke atas kes seorang remaja perempuan yang dirogol seorang tahanan ketika berada di dalam lokap Balai Polis Pusat Miri pada 9 Januari lepas.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak itu menegaskan siasatan juga harus dilakukan tanpa rasa takut atau pilih kasih.
“Saya merasa ngeri dan terkejut, bagaimana ini boleh berlaku di dalam lokap polis.
“Untuk mendapatkan semula keyakinan orang ramai, siasatan menyeluruh perlu dilakukan tanpa rasa takut atau pilih kasih,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pada masa sama, Fatimah gembira kerana tindakan segera telah diambil ke atas kes berkenaan, apabila suspek telah didakwa di mahkamah pada 12 Januari iaitu hari ketiga selepas melakukan jenayah itu, selain turut mengaku bersalah.

Pencegahan Dadah Perlukan Kerjasama Berterusan Semua Pihak
BINTULU: Program Mini Bowling: Strike Out Drugs! bukan sahaja menjadi wadah menggalakkan gaya hidup sihat, malah berperanan meningkatkan kesedaran masyarakat dengan bahaya penyalahgunaan dadah, khususnya
