ARTIKEL

BERCAKAP…Mancha menjawab soalan daripada pemberita.

Siasatan kes buli tular di Miri ditutup – Polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis mengesahkan siasatan berhubung kes buli yang dilaporkan berlaku di sebuah institusi kemahiran di Miri ditutup selepas pelajar terbabit dan keluarganya tidak mahu meneruskan tindakan lanjut.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, siasatan mendapati insiden yang tular itu lebih bersifat gurauan melampau, bukan kes buli serius seperti disangka pada awalnya.

Menurut beliau, mangsa sendiri membuat laporan polis mengenai insiden tersebut sebelum siasatan menyeluruh dijalankan.

“Kami memanggil semua pihak terlibat untuk diambil keterangan, termasuk ibu bapa dan rakan-rakan mangsa. Mangsa juga dihantar ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Sarawak, di sini hari ini.

Tambah Mancha, hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui setakat ini.

Mancha menjelaskan, laporan itu pada awalnya mencetuskan kebimbangan kerana perbuatan yang berlaku kelihatan seperti kes buli.

“Namun selepas keterangan semua pihak diperoleh, siasatan mendapati ia lebih kepada gurauan keterlaluan.

“Mangsa sendiri tidak mahu meneruskan kes ini dan bapanya turut menyatakan perkara yang sama.

“Maka selepas penelitian dibuat, kita menutup siasatan tersebut,” ujarnya.

Pun begitu, beliau mengingatkan bahawa perbuatan buli tidak boleh dipandang ringan walaupun hanya dianggap sebagai gurauan.

“Pelajar hadir ke sekolah untuk menimba ilmu, bukannya untuk membuli atau bermain secara berlebihan. Walaupun nampak seperti gurauan, orang lain mungkin menganggapnya serius,” tegas beliau.

Sebelum ini, satu rakaman video berdurasi 13 saat tular di media sosial yang memperlihatkan sekumpulan lelaki mengangkat seorang individu dalam keadaan terkangkang hingga terkena tiang.

Video telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat serta spekulasi berhubung kemungkinan berlaku kejadian buli

BERITA LAIN

HIKMAH perkukuh gerak kerja dakwah

KUCHING: Harakah Islamiah (HIKMAH) akan terus memperkukuh keupayaan organisasi itu dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan pelbagai program pembangunan masyarakat Islam secara lebih sistematik serta

BERITA TERBARU

HIKMAH perkukuh gerak kerja dakwah

KUCHING: Harakah Islamiah (HIKMAH) akan terus memperkukuh keupayaan organisasi itu dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan pelbagai program pembangunan masyarakat Islam secara lebih sistematik serta