ARTIKEL

TAHAN…Dua suspek yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini. Photo TVS.

Siasatan kes bunuh diteruskan, 16 individu ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Majistret semalam membenarkan lanjutan tempoh reman terhadap dua suspek bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki berusia 22 tahun di Jalan Sungai Tapang, tahun lalu.

Memetik laporan TVS, perintah lanjutan reman itu diluluskan oleh Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali selepas permohonan dikemukakan pihak polis di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Lanjutan reman tersebut berkuat kuasa bermula hari ini sehingga 1 Januari.

Kedua-dua suspek berkenaan sebelum ini ditahan pada 20 Disember dan direman selama tujuh hari, iaitu dari 21 hingga 27 Disember, bagi membantu siasatan awal.

Setakat ini, seramai 16 individu ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan berkaitan, pada 26 September lalu, seorang pengawal peribadi, Lu Chieng Kiong, 35, didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang lelaki berusia 22 tahun.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 149 berkaitan kejadian perhimpunan menyalahi undang-undang yang menyebabkan kematian di sebuah unit apartmen di Jalan Sungai Tapang pada 1 Disember 2024.

Kesalahan itu didakwa dilakukan bersama 11 lelaki yang masih bebas di sebuah unit pangsapuri di Jalan Sungai Tapang di sini kira-kira jam 4.30 pagi pada hari kejadian.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau, jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Mangsa dilaporkan ditemui tidak bernyawa di dalam salah sebuah bilik di unit apartmennya dengan kecederaan parah.

Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.40 pagi, dan sepasukan polis yang bergegas ke lokasi menemukan mangsa terbaring di dalam sebuah bilik sebelum disahkan meninggal dunia.

Bagaimanapun, Lu Chieng Kiong dibebaskan pada 31 Oktober lalu, manakala polis meneruskan usaha mengesan individu lain yang dipercayai terlibat bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU