ARTIKEL

DARI KALIMANTAN BARAT... Atlet dari kelab WBMC.

Sibu jadi tumpuan atlet Muay Thai hujung minggu ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Persatuan Muay Thai Negeri Sarawak (PMNS) dengan kerjasama Persatuan Muay Thai Sibu akan menganjurkan kejohanan seni mempertahankan diri berprestij, Cabaran Muay Thai Amatur Sibu 2026 yang akan bermula pada Jumaat ini (12 Jun) di Dewan Kelab Melayu (MUC), Kampung Nyabor, Sibu.

Presiden PMNS, Haji Jumaat Ibrahim berkata, seramai 120 atlet Muay Thai daripada pelbagai kelab di seluruh Sarawak serta beberapa peserta jemputan yang mewakili Kalimantan Barat, Pontianak, Indonesia akan menyertai kejohanan tersebut.

SEDIA GEGAR… Sebahagian atlet Muay Thai yang akan turut serta.

Menurut Jumaat, kejohanan terbabit merupakan medan pendedahan penting bagi bakat muda berstatus pelajar sekolah.

“Acara kemuncak pada hari pertama bermula pada sebelah malam yang akan diserikan dengan pengenalan peserta. Majlis itu kelak menjanjikan kelainan dengan acara pengenalan khas para peserta berserta kelab yang diwakili mereka.

“Selain itu, penonton yang hadir pada malam tersebut akan dihiburkan dengan persembahan memukau seni bela diri yang menggabungkan tiga jenis seni bela diri yang berbeza,” ujar Jumaat kepada Arena Suara Sarawak.

Pada sebelah petang, orang ramai turut berpeluang menyertai program interaktif “Mari Mencuba Sukan Muay Thai”.

Katanya, tumpuan utama kejohanan akan bermula pada Sabtu (13 Jun) yang membabitkan perlawanan yang akan berlangsung tanpa henti bermula pada pukul 8.45 pagi dan bersambung sehingga malam.

Sekali gus, menjanjikan aksi berintensiti tinggi yang mendebarkan buat para peminat sukan tempur yang hadir menyaksikannya nanti.

“Majlis perasmian kejohanan akan berlangsung pada malam tersebut,” menurut Jumaat.

Beliau menegaskan, kejohanan berprestij itu mendapat kelulusan rasmi daripada badan induk kebangsaan, Persatuan Muaythai Malaysia (PMM).

“Penganjuran kejohanan ini juga turut disokong penuh oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia serta Perbadanan Sukan Sarawak (SSC),” menurutnya.

Sambil itu, Jumaat menyatakan bahawa tiada bayaran masuk dikenakan kepada orang ramai yang hadir ke Dewan MUC sepanjang kejohanan itu berlangsung.

“Pihak kita ingin mengumumkan bahawa kemasukan adalah percuma.

“Oleh itu, seluruh warga Sibu dan sekitarnya dialu-alukan hadir memenuhi Dewan MUC bagi memeriahkan suasana dan memberikan sokongan kepada barisan atlet yang bertanding,” jelasnya.

PMNS merupakan badan sukan rasmi yang bertanggungjawab mempromosikan, menyelaras dan membangunkan bakat serta mutu sukan Muaythai di seluruh Sarawak.

Badan itu bermatlamat melahirkan atlet yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara pada masa akan datang.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU