ARTIKEL

Sidang parlimen harus fokus kepada rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Semua ahli parlimen sama ada daripada kerajaan dan pembangkang diharap fokus kepada fasa pemulihan pandemik Covid-19 menjelang persidangan parlimen yang dijadualkan Isnin depan.

Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah berkata, ahli parlimen seharusnya memberi tumpuan kepada masalah rakyat bukannya saling menyalahkan antara satu sama lain.

“Kita kini dalam pemulihan apabila berjaya melepasi fasa penyelesaian, ketahanan dan permulaan semula dengan kecekapan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Maka, dengan bantuan ahli-ahli parlimen untuk berbahas mengenai kaedah terbaik yang harus dilakukan oleh kerajaan termasuk mengemukakan pandangan demi kebaikan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke SMK Tebakang, 35 kilometer dari Serian di sini hari ini.

Shahar yang juga Ahli Parlimen Paya Besar menambah, cadangan dan pandangan bernas akan membantu negara untuk menghadapi dua fasa lagi iaitu penyalaan semula dan pembaharuan susulan penularan Covid-19.

“Ini kerana Perdana Menteri menggariskan 6R yang memfokus kepada rakyat secara keseluruhannya.

“Malah, baki dua fasa itu akan dicadangkan dalam Belanjawan 2021 dan kita masih mempersiapkan satu jangkaan panjang di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bermula Januari 2021,” ujarnya.

BERITA LAIN

DBP Sarawak ngena chara baru marit rebak biak

KUCHING: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Pampang Sarawak nyelinting ngena chara baru ungkup marit raban nembiak rebak baru ba bidang jaku enggau litaricha dikena ngerembaika

BERITA TERBARU

DBP Sarawak ngena chara baru marit rebak biak

KUCHING: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Pampang Sarawak nyelinting ngena chara baru ungkup marit raban nembiak rebak baru ba bidang jaku enggau litaricha dikena ngerembaika