ARTIKEL

Len Talif bersama-sama pemenang sejurus selesai menyempurnakan majlis penangguhan GP Joran Belawai.

‘Sik berubuh’ berpotensi dikembangkan secara komersial

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Siput sedut atau ‘sik berubuh’ mempunyai potensi besar untuk dikembangkan sebagai sumber perikanan komersial susulan permintaan pasaran.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, bagaimanapun potensi berkenaan perlu disokong usaha meningkatkan pengeluaran berikutan bekalan semasa semakin berkurangan.

Katanya, Belawai mempunyai kelebihan dari segi persekitaran semula jadi yang sesuai, termasuk kawasan pantai yang masih bersih dan perairan tidak tercemar, sekali gus berpotensi menjadi lokasi pengeluaran siput sedut secara lebih tersusun.

“Pasaran ‘sik berubuh’ tidak berubah, tetapi masalahnya pengeluaran semakin kurang sedangkan permintaan masih tinggi.

“Saya menyokong usaha masyarakat yang mahu mengusahakan ternakan siput ini dan akan berusaha menyediakan peruntukan tertentu bagi membantu memastikan pengeluarannya dapat dipertingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan GP Belawai Siri 2/2026 di Pantai Iftitah Restaurant & Resort, Belawai, semalam.

Len Talif berkata, Jabatan Perikanan turut mempunyai peranan penting dengan menyediakan bantuan, peruntukan serta khidmat teknikal kepada individu yang berminat mengusahakan siput sedut dan ketam.

Katanya, pendekatan berkenaan bukan sahaja dapat menjamin bekalan sumber perikanan, malah membuka ruang kepada masyarakat menjadikannya sebagai aktiviti ekonomi yang berpotensi menjana pendapatan.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan supaya pembangunan sektor berkenaan dilaksanakan secara terkawal dengan mengambil kira kelestarian ekosistem bagi mengelakkan sumber perikanan terus menyusut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU