ARTIKEL

KENANGAN…Julaihi merakam gambar bersama-sama peserta pada Kejohanan Silat Tanding di Dewan Pembangunan Sebuyau, semalam. | FOTO: UKAS

Silat benteng warisan dan lahirkan generasi muda berdisiplin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Silat terus dijadikan tonggak warisan budaya dan wadah membentuk generasi muda yang berdisiplin, berakhlak serta patriotik.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi, berkata kejohanan silat memainkan peranan penting dalam melahirkan pesilat yang bukan sahaja mahir di gelanggang tetapi juga berbudi pekerti mulia.

“Silat bukan sekadar sukan, tetapi warisan budaya yang mesti dipelihara.

Melalui kejohanan seperti ini, kita dapat melahirkan pesilat yang tangkas, berbudi pekerti dan patriotik,” katanya semasa menutup Kejohanan Silat Tanding di Dewan Pembangunan Sebuyau, semalam.

Beliau yang juga ADUN Sebuyau berharap kejohanan ini diteruskan sebagai acara tahunan dan mengumumkan peruntukan RM50,000 bagi menyokong aktiviti Persatuan Silat Helang Putih Perkasa Sebuyau tahun hadapan.

Kejohanan tiga hari anjuran Pertubuhan Silat Helang Putih Perkasa Cawangan Sebuyau dari 7 hingga 9 November itu disertai 15 pasukan seluruh Sarawak.

SHPP Sarikei muncul juara keseluruhan dengan 16 emas, tujuh perak dan lima gangsa, diikuti SHPP Sebuyau A dan SHPP Samarahan di tempat kedua serta ketiga.

Lapan peserta dinobatkan sebagai Pesilat Terbaik termasuk Dayyan Hazeem Khairul Annuar (SHPP Sibu), Nur Aysha Ramadhani Abdullah (SHPP Sarikei), dan Muhd Nur Afif Nur Alwan (SHPP Sebuyau A) yang mengungguli kategori masing-masing.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU