ARTIKEL

Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (SONS) perkaya seni muzik anak tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yakin Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (SONS) dapat melangkah lebih jauh dalam industri muzik tanah air dan antarabangsa.

Beliau berkata, dengan dedikasi tinggi, semangat dan cinta kepada seni muzik, SONS telah mencapai kegemilangan yang kita saksikan hari ini.

“Melalui SONS, kita turut melihat peningkatan bilangan anak Sarawak yang berjaya digilap bakat seninya dengan mempersembahkan prestasi menonjol serta meraih pengiktirafan di peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya ketika berucap pada Konsert Gala sempena ulang tahun ke-35 SONS di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Isnin.

Menjelas lanjut, katanya SONS kini memiliki lima komponen hasil program terancang secara berterusan sejak 35 tahun lalu penubuhannya pada tahun 1988.

Ujarnya, SONS pada mulanya hanya memulai langkah menerusi tiga komponen asas iaitu klasik, Pop jazz, dan koir.

“Selain rancangan program pembangunan berdekad, atas usaha Majlis Seni Sarawak SONS kini memiliki lima komponen dengan pertambahan dua komponen baharu iaitu Tradisional Okestra Negeri Sarawak (TONES) dan Junior Orkestra.

“SONS Junior Orkestra terdiri daripada anak-anak muda berumur 18 tahun dan ke bawah,” katanya.

Menurut Karim, tujuan penubuhan awal SONS oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud adalah untuk melihat Sarawak memiliki sendiri sebuah orkestra bersaiz penuh.

Ini sekali gus menampilkan satu formasi segar dan harmoni terdiri daripada bakat anak-anak tempatan berbilang kaum dan bangsa.

“Kini, kita dapat saksikan secara jelas idea ini menjadi teras kepada perjalanan SONS sepanjang 35 tahun kewujudannya,” ujarnya.

Terdahulu, dewan terbabit dimeriahkan dengan kunjungan kira-kira 500 orang penonton yang hadir bagi menyaksikan persembahan orkestra tersebut.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan