Trending

Simulasi pesawat terbakar di Lapangan Terbang Kuching

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) ‘gempar’ apabila berlaku kebakaran pesawat di landasan lapangan itu pagi tadi.

Tragedi itu menyebabkan pelbagai agensi dikerah bagi menjalankan operasi menyelamat.

Lebih tiga jentera pemadam api daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak dan Bahagian Kebakaran dan Perkhidmatan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadam api.

Pihak AFRS yang dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadam api pada Latih Amal Bencana Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA): Exercise Buceros Shield 2022, pagi ini.

Kerja memadam kebakaran dan memantau tahap keselamatan di kawasan lapangan pula telah dilakukan oleh kakitangan Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Bagaimanapun, adegan cemas itu merupakan sebahagian daripada senario yang digambarkan dalam latihan kecemasan kebakaran ini untuk menguji tahap persediaan dan kecekapan petugas di KIA.

Simulasi berskala penuh setiap dua tahun sekali itu merupakan tuntutan oleh setiap lapangan terbang antarabangsa bagi memenuhi kehendak pematuhan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Latihan kecemasan itu turut menyaksikan sukarelawan daripada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Samarahan yang terlibat sebagai mangsa.

Latih Amal Bencana Udara KIA 2022 yang dianjurkan oleh pihak LTAB Kuching itu selaras dengan Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) dan Dokumen CAD 14, Vol. I (Aerodrome Design and Operations) yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), selari dengan Dokumen ICAO Annex 14 Vol. 1 (Aerodrome Design and Operations).

Manakala objektif Latih Amal atau nama kod ‘Exercise Buceros Shield’ in adalah bagi menguji peranan semua agensi dalam menangani sebarang bencana udara di persekitaran KIA seperti mana yang termaktub di dalam Manual SAR Kebangsaan dan Plan Kecemasan KIA.

Ia adalah antara ‘full scale exercise’ dan ‘Debriefing’ yang diadakan melibatkan semua agensi pada tahun simulasi berskala penuh.

Ia dianjurkan oleh LTAB Kuching dengan kerjasama AFRS, Bomba Sarawak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tentera Udara Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Malaysia Airports.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru