ARTIKEL

JUARA.... Awla (berdiri tengah) bersama-sama barisan pemain AMK Infinity selepas hadir majlis penyerahan hadiah Pesta Simunjan 2023

Simunjan berpotensi jadi pusat pelancongan sukan futsal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Penganjuran sukan futsal terbuka Pesta Simunjan berpotensi menjadi lokasi baharu pelancongan sukan lima sebelah di negeri Sarawak.

ADUN Simunjan Idris Awla berkata, ia melihat kepada pembabitan pasukan luar yang positif, merekodkan pasukan dari Labuan antara pasukan terjauh menyertai kejohanan tersebut.

“Pertandingan futsal terbuka sempena Pesta Simunjan kali ketiga tampak amat menggalakkan dengan mencatat hampir 80 pasukan.

“Kita tidak menyangka pasukan-pasukan dari Sabah dan Miri sanggup datang menyertai pertandingan futsal ini.

“Ia amat berbaloi buat mereka kerana berjaya merangkul kemenangan pada kejohanan tersebut,” katanya.

Beliau dalam pada itu menzahirkan tahniah kepada para pemenang, sekali gus menegaskan akan mengekalkan kejohanan sama pada Pesta Simunjan akan datang.

“Kita akan melaksanakan secara terbuka lagi untuk kejohanan ini pada kejohanan akan datang.

“Dijemput para pasukan dan peminat futsal yang ingin menyertai kejohanan akan datang beramai-ramai ke Simunjan bagi memeriahkan lagi acara yang kita adakan kelak,” katanya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU