KUCHING: Daerah berstatus hijau meningkat kepada empat apabila Simunjan kembali kepada status hijau.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, ia setelah tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Sementara itu, JPBN mendedahkan daerah Tatau kembali kepada status jingga daripada merah selepas merekodkan 32 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus jingga telah meningkat kepada dua dan daerah berstatus merah telah menurun kepada 26.
“Selain itu, jumlah daerah berstatus kuning menurun kepada lapan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


