ARTIKEL

BERCAKAP… Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee. GAMBAR: UKAS

Simunjan rekod 73 tangkapan berkaitan dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Daerah Simunjan merekodkan sebanyak 73 kes tangkapan berkaitan dadah bermula Januari hingga 18 Disember 2025.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding tempoh sama tahun lalu yang merekodkan sebanyak 43 kes.

KOMITED… Rodiyah (tengah) merakam gambar bersama para peserta yang hadir pada program berkenaan. GAMBAR: UKAS

“Kini, ancaman dadah bukan lagi tertumpu di bandar, sebaliknya semakin ketara di luar bandar dan tidak boleh dipandang ringan.

“Setakat ini, 73 kes tangkapan berkaitan dadah direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Simunjan berbanding 43 kes pada tahun sebelumnya, sekali gus membuktikan isu ini berada pada tahap membimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Program Komuniti Bebas Tanpa Dadah Daerah Simunjan 2025 di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh lapisan masyarakat agar berganding bahu membantu usaha pencegahan dengan memperkukuh pembasmian gejala dadah secara bersama di daerah berkenaan.

Dalam perkembangan sama, beliau menzahirkan penghargaan kepada kira-kira 200 peserta yang hadir pada program tersebut, yang disifatkan sebagai bukti keberkesanan pendekatan bersepadu antara agensi berkaitan dalam usaha pencegahan dadah.

Jelasnya, program berkenaan penting sebagai platform meningkatkan kesedaran awam serta memberi pendedahan mengenai trend semasa dadah, khususnya kepada golongan belia, masyarakat setempat dan ibu bapa.

Pada masa sama, katanya, usaha berterusan seumpama itu secara tidak langsung mampu melahirkan masyarakat yang lebih cakna terhadap persekitaran serta berperanan sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dalam membanteras gejala dadah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU