
MOHAMADHAFIZAN JAMAL
PPJ, SELANGOR
Impi peribadi baik
tiada khalifah sempurna
melainkan Nabi SAW
lambang kesempurnaan
akhlak kompas hidup.
Peribadi bukan tumbuh
sekelip mata
tiada tergolong menerusi magis
acuan kesempurnaan
akarnya pintu kunci
ditetapkan Allah SWT.
Jalani sistematik praktikal
adunan wahyu sains kemanusiaan dikaji
contohi nilai peribadi baik
membentuk mimalis
bentuk hasil impak ketekunan
rindu insan tidak pernah ditemui.



