ARTIKEL

Sistem cukai ketinggalan, ekonomi digital makin laju

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob menegaskan Malaysia perlu memperkukuh cukai digital melalui kerjasama rentas sempadan, pelaporan automatik platform dan analitik data bersepadu supaya pendapatan ekonomi digital dapat dipantau dengan lebih berkesan.

Beliau berkata sistem percukaian kini ketinggalan berbanding perkembangan pesat ekonomi digital, menyebabkan wujud zon kelabu dan kelemahan integrasi data antara platform dengan pihak berkuasa.

Menurutnya, negara juga berdepan asas cukai yang sempit dan tidak boleh terus bergantung kepada pembayar cukai sedia ada atau hasil petroleum, sebaliknya perlu memperluas asas cukai termasuk ekonomi gig dan digital.

Namun, peluasan itu mesti disertai ketelusan, disiplin fiskal dan integriti perbelanjaan awam bagi meningkatkan kepercayaan serta pematuhan sukarela rakyat.

Katanya, reformasi fiskal menyeluruh termasuk rasionalisasi subsidi dan subsidi bersasar penting bagi memastikan ketahanan fiskal serta kestabilan ekonomi negara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU