ARTIKEL

Sistem khas pantau individu jalani tempoh kuarantin – KPN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai satu sistem khas bagi mengawasi individu yang sedang menjalani tempoh kuarantin 14 hari di rumah selepas mereka pulang dari luar negara.

Tanpa memperincikan butiran lanjut sistem khas itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata ia digunakan untuk mengesan mereka yang keluar dari rumah dan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata individu yang telah diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani tempoh kuarantin harus mematuhi arahan KKM dan tidak dibenarkan keluar rumah.

“Sekiranya mereka ingkar dan berdegil keluar rumah dalam tempoh kuarantin, polis boleh mengambil tindakan dengan menahan serta mendakwa mereka… tindakan mereka (keluar rumah) membahayakan orang lain jika dijangkiti COVID-19,” katanya kepada Bernama di Bukit Aman, di sini.

Abdul Hamid berkata selain itu, untuk memastikan keberadaan individu yang dikuarantin di rumah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara telah diarah untuk membuka pusat panggilan dengan menghubungi atau membuat panggilan video terhadap individu yang dikuarantin.

“IPD-IPD yang terlibat diberikan tanggungjawab untuk memantau mereka namun atas faktor kekangan keanggotaan, kami meminta bantuan Jabatan Sukarelawan (Malaysia) untuk membuat tinjauan ke rumah mereka serta menggunakan kaedah yang sama (menghubungi dan membuat panggilan video).

“Sampai macam itu sekali kami terpaksa buat untuk mengesahkan keberadaan individu yang dikuarantin untuk mereka sentiasa berada di dalam rumah,” katanya.

Abdul Hamid berkata polis dan KKM hanya meminta individu yang dikuarantin untuk berada di rumah dan bukannya diperintah untuk masuk lokap, oleh yang demikian, beliau berharap pihak terlibat akur dengan arahan itu.

“Ia adalah arahan yang amat mudah sekali iaitu untuk duduk di rumah dan mengkuarantinkan diri,” katanya.

Sementara itu, ditanya sekiranya ada orang ramai yang menyembunyikan maklumat kluster COVID-19 daripada polis dan KKM, Abdul Hamid berkata ia menjadi satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342.

“Oleh itu, saya mohon orang ramai untuk tampil menyampaikan maklumat jika ada individu berdekatan mereka yang berkemungkinan dijangkiti COVID-19.

“Jangan disebabkan anda yang menyorokkan maklumat kluster COVID-19, orang lain yang menjadi mangsa kerana ini adalah tanggungjawab bersama untuk memutuskan rantaian wabak itu,” katanya sambil menegaskan bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang menyorokkan maklumat kluster COVID-19. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

Parti Megawati sedia jadi pembangkang

JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pada Khamis lalu, memberi isyarat ia mengambil peranan sebagai parti pembangkang kepada kerajaan masa depan, ketika calon presiden Prabowo

Mesir tolak penempatan penduduk Palestin

KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi pada Sabtu dengan tegas menolak sebarang penempatan warga Palestin ke negara itu, satu pendirian yang disokong oleh masyarakat antarabangsa,

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian