BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) akan melaksanakan sistem parkir berkupon di tiga kawasan baharu bermula 15 November ini.
Tiga lokasi terlibat adalah Junction 28, Jalan Keppel, Parkcity Commercial Centre Phase 6, dan Assyakirin Commercial Centre.
Operasi parkir berkupon ini akan diselia oleh BDA Properties Sdn Bhd, dan orang ramai boleh menghubungi talian 086-344814 untuk sebarang pertanyaan.
Selain itu, kupon parkir juga boleh dibeli secara mudah melalui aplikasi BorneoParkBtu.
Langkah ini bertujuan untuk memperkemas sistem parkir di kawasan-kawasan berkenaan serta menyokong pembangunan bandar Bintulu yang lebih teratur dan lestari.

