ARTIKEL

Sistem perbankan rekod permodalan kukuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sistem perbankan mencatatkan lebihan penampan modal sebanyak RM133.3 bilion pada Ogos 2023, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam kenyataan Sorotan Bulanan Ogos 2023 semalam, BNM berkata sistem perbankan Malaysia terus mengekalkan tahap permodalan kukuh untuk menghadapi kemungkinan tekanan dan menyokong pertumbuhan pengantaraan kredit dalam ekonomi.

Menurut BNM, daya tahan sistem perbankan terus disokong oleh kualiti aset yang mantap dengan nisbah pinjaman terjejas kasar dan bersih keseluruhan sebahagian besarnya kekal tidak berubah, masing-masing pada 1.8 peratus dan 1.1 peratus.

“Nisbah perlindungan kerugian pinjaman (termasuk rizab pengawalseliaan) kekal pada tahap berhemat sebanyak 115.0 peratus daripada pinjaman terjejas, dengan jumlah peruntukan mencakupi 1.6 peratus daripada jumlah pinjaman,” katanya.

Menurut bank pusat, pada Ogos, pasaran kewangan global terjejas oleh kebimbangan berterusan berhubung dengan kelembapan ekonomi China.

Manakala People’s Bank of China mengumumkan satu kitaran pelonggaran dasar monetari yang tidak dijangka.

Sementara itu, Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), Jerome Powell menegaskan semula di Simposium Jackson Hole bahawa keadaan monetari AS perlu terus ketat untuk tempoh lebih lama.

“Kesannya, ringgit menurun nilai berbanding dolar AS sebanyak 2.1 peratus, manakala FBM KLCI menyusut sebanyak 0.5 peratus. Kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun kekal tidak berubah pada Ogos,” katanya.

Sementara itu, kredit kepada sektor swasta bukan kewangan meningkat sebanyak 3.8 peratus pada akhir Ogos berbanding 3.8 peratus pada Julai 2023, disokong oleh pertumbuhan pinjaman terkumpul yang lebih tinggi.

“Bagi perniagaan, walaupun bon korporat terkumpul meningkat pada kadar lebih perlahan 4.4 peratus (Julai 2023: 5.2 peratus), pertumbuhan pinjaman terkumpul meningkat kepada 0.7 peratus.

“Hal ini mencerminkan terutamanya peningkatan dalam segmen bukan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk pinjaman modal kerja dan pelaburan,” katanya.

BNM berkata, pertumbuhan pinjaman terkumpul kepada PKS sebahagian besarnya terus ketara, menggalakkan pada 6.2 peratus pada Ogos berbanding 6.7 peratus pada bulan sebelumnya.

“Pertumbuhan pinjaman terkumpul bagi isi rumah mampan pada 5.3 peratus, disokong oleh pertumbuhan lebih tinggi merentas kebanyakan tujuan pinjaman.

Pertumbuhan pinjaman isi rumah terus didorong oleh pinjaman untuk pembelian rumah dan kereta, dengan masing-masing meningkat sebanyak 7.3 peratus dan 8.7 peratus,” kata kenyataan itu.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha