ARTIKEL

Kredit: Squash - PSA World Tour's Facebook

Sivasangari ketepi gangguan, teruskan prestasi cemerlang bagi Kejohanan Dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari bertekad mengetepikan segala bentuk gangguan dalam usaha meneruskan prestasi cemerlangnya baru-baru ini dan mengikut jejak legenda skuasy negara, Datuk Nicol David, dengan memenangi Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Kaherah, Mesir pada 9-18 Mei ini.

Sivasangari yang baru-baru ini menduduki ranking ke-11 dunia, iaitu pencapaian tertingginya setakat ini, menjulang piala Kejohanan Skuasy Klasik London bertaraf Emas di Alexandra Palace, London pada bulan lepas untuk mencatatkan kemenangan terbesar dalam kerjaya profesionalnya setakat ini.
 
Bagaimanapun, kejayaan terbaharu itu bermakna dia tidak dapat mengelak daripada dibandingkan dengan juara dunia lapan kali dan bekas pemain nombor 1 dunia, Nicol yang dianggap sebagai pemain wanita paling hebat dalam sejarah sukan itu.

“Sudah tentu selepas Klasik London, tekanan semakin bertambah, oleh sebab itu saya bersama Jesse Engelbrecht berusaha untuk mengetepikan semua gangguan tersebut.

“Secara umumnya, tekanan adalah gangguan kerana kita hanya boleh mengawal sesuatu yang ada dalam kawalan kita. Kadangkala memang sukar bagi saya apabila dibandingkan dengan Nicol.

“Nicol sendiri ada datang pada saya dan berkata, ‘setiap orang itu unik’. Dia mempunyai laluan berbeza, dan Nicol telah mencapai apa yang telah dia capai. Saya orang baharu dan berbeza. Rasa seronok apabila mendengar kata-kata itu daripada dia,” katanya. 

Baca lain  Wartawan Al Jazeera dipanggil ke Bukit Aman minggu ini

Sivasangari berpendapat menjadi juara dunia sebanyak lapan kali merupakan satu kejayaan yang amat luar biasa dan dia sendiri sendiri tidak tahu bagaimana Nicol boleh melakukannya.

“El Sherbini berada di landasan itu sekarang, yang sekali lagi saya anggap sesuatu yang menakjubkan kerana bagi saya bermimpi untuk sekadar memiliki satu juara dunia sahaja adalah sesuatu yang saya perlu berusaha keras ke arahnya.

“Sudah tentu ia jadi impian dan matlamat yang ingin saya capai pada masa depan,” katanya menerusi satu kenyataan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA). 

Begitu pun, kejayaan Sivasangari di Klasik London juga disifatkan sebagai satu pencapaian luar biasa melihat kepada perjalanannya untuk kembali ke sukan itu selepas mengalami kemalangan kereta yang serius pada 2022 yang mengakibatkannya mengalami keretakan pada leher dan muka.

Akibat kemalangan itu, Sivasangari terpaksa mengenakan alat bantuan pada leher selama berbulan-bulan, yang ketika itu dilihat bukan sahaja boleh menamatkan kerjaya skuasynya yang baharu sahaja bermula, bahkan kecederaan itu berpotensi merubah hidupnya sepanjang hayat.

Menurutnya, bagi setiap pemain skuasy, memenangi Juara Dunia merupakan satu impian yang menjadi kenyataan, tetapi untuk namanya terukir pada piala tersebut adalah sesuatu yang besar dan menakjubkan.

Baca lain  LHDN salur RM20,000 kepada RACTAR sempena program jelajah Belanjawan 2024

Jelajah Dunia PSA memaklumkan Sivasangari telah dinamakan sebagai Pemain Terbaik bagi Mac/April selepas menerima 65 peratus undian bagi anugerah itu dalam tinjauan menerusi laman sosial Instagram Jelajah Dunia PSA, dengan Satomi Watanabe dan Nouran Gohar turut dicalonkan.

Anugerah itu melengkapkan kejayaan luar biasa pemain nombor satu Malaysia itu, yang menumbangkan pemain nombor satu dunia Nour El Sherbini dari Mesir, nombor empat dunia Nele Gilis dari Belgium, dan nombor tiga dunia Hania El Hammamy dari Mesir untuk merangkul kejuaraan Klasik London iaitu gelaran sulung bertaraf Emas. – BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU