ARTIKEL

Kredit : Laman Facebook PSA Squash Tour

Sivasangari Selangkah Ke Final Terbuka Mesir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari hanya selangkah ke final Terbuka Mesir 2026 selepas mara ke separuh akhir di Giza, semalam.

Beraksi di hadapan Piramid Besar Giza, pemain pilihan keempat itu bangkit daripada ketinggalan dua permainan, untuk menewaskan pemain pilihan ketujuh yang juga wakil tuan rumah Fayrouz Aboelkheir, dalam aksi mendebarkan.

Kemenangan 9-11, 4-11, 11-7, 11-8, 11-7 itu menyaksikan Sivasangari, 27, mara ke separuh akhir kejohanan bertaraf “Diamond” buat kali pertama dalam kariernya.

Bagaimanapun, pemenang pingat emas Sukan Asia 2026 itu berdepan tugas getir, apabila dijadualkan menentang juara bertahan yang juga pemain pilihan utama Hania El Hammamy, esok.

El Hammamy terlebih dahulu menyingkirkan pemain Jepun Satomi Watanabe, dalam perlawanan sengit yang berkesudahan 9-11, 11-9, 11-9, 9-11, 11-5.

Berdasarkan rekod pertemuan, pemain nombor dua dunia El Hammamy, memiliki kelebihan ke atas Sivasangari yang menghuni ranking kelima dunia, selepas memenangi 10 daripada 12 pertemuan mereka sebelum ini.

Kali terakhir Sivasangari menewaskan pemain Mesir itu ialah di London Squash Classic 2024 yang berkesudahan 11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8. – BERNAMA

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU