ARTIKEL

AKAN BERLANGSUNG… Datuk Abdullah Saidol (lima dari kanan, barisan belakang) bersama yang lain selepas sidang media.

SIYFC 25: Platform cungkil bakat muda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak akan menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Belia Antarabangsa 2025 (SIYFC 25) yang dijadual berlangsung dari 28 Mei hingga 1 Jun 2025 di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

Ketua Pegawai Eksekutif SIYFC 25, Nazree Nassir, berkata karnival lima hari itu akan menghimpunkan pasukan dari pelbagai kelab dan akademi antarabangsa.

Menurutnya, kejohanan ini melibatkan tiga kategori umur iaitu bawah 8, 10 dan 12 tahun.

“Misi SIYFC 25 adalah untuk menginspirasikan generasi baharu yang berbakat dalam sukan bola sepak.
“Dengan menyediakan platform seperti kejohanan ini, kita dapat memupuk semangat kesukanan yang tinggi serta mewujudkan hubungan antara budaya,” katanya pada sidang media di Stadium Sarawak, Petra Jaya, hari ini.

Nazree turut menyatakan hasratnya agar kejohanan ini diiktiraf di peringkat global, bukan sahaja untuk memajukan bola sepak di peringkat akar umbi, tetapi juga sebagai landasan menjadikan Sarawak sebagai hab pelancongan sukan serta pusat pembangunan bakat bola sepak remaja.

Penganjuran SIYFC 25 turut mendapat sokongan daripada Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak, serta Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Turut hadir dalam sidang media ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, serta Presiden FAS, Abang Zulkarnain Abang Abdul Rahman.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu