SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

SK Dato Mohd Musa terima jumlah kemasukan pelajar yang tertinggi di Samarahan 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
MELAWAT… Awang Hepeni melawat ke kelas PPKI dan diiringi oleh Issnu. FOTO OLEH GHAZALI BUJANG

KOTA SAMARAHAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Mohd Musa menerima seramai 1,181 pelajar setakat hari pertama sesi persekolahan 2023/2024 yang bermula hari ini.

Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan Awang Hepeni Awang Onget berkata, sekolah tersebut juga merupakan antara yang terbesar di Kota Samarahan sekali gus menerima pendaftaran pelajar yang tinggi.

“SK Dato Mohd Musa merupakan sekolah terbesar di Kota Samarahan dan menerima pendaftaran tinggi iaitu melibatkan 1,181 pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke SK Dato Mohd Musa di sini, sempena hari pertama sesi persekolahan 2023/2024, hari ini.

BERCAKAP… Awang Hepeni bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke SK Dato Mohd Musa di sini, sempena hari pertama sesi persekolahan 2023/2024, hari ini. FOTO OLEH GHAZALI BUJANG

Daripada jumlah tersebut, SK Dato Mohd Musa menerima pendaftaran seramai 1,106 murid Tahun 1 hingga Tahun 6 serta 75 murid prasekolah yang mana 25 daripadanya berusia 5 tahun dan 50 lagi berusia 6 tahun.

Ia juga merupakan sekolah dua sesi iaitu sesi pagi melibatkan murid prasekolah, Tahun 4,5,6 dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Bagi sesi petang pula melibatkan murid Tahun 1, 2 dan 3. 

Menjelas mengenai program tersebut, Awang Hepeni menambah kehadiran beliau ke sekolah tersebut adalah untuk melihat pelaksanaan aktiviti yang telah dirancang untuk hari pertama persekolahan.

Baca lain  JKM Sarawak santuni balu anggota TUDM

Turut serta semasa sidang media tersebut adalah Guru Besar SK Dato Mohd Musa Issnu Dollah; dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan Naser Ramli.

CERIA… pelajar SK Dato Mohd Musa kelihatan ceria memulakan sesi persekolahan 2023/2024.
CERIA… pelajar SK Dato Mohd Musa kelihatan ceria memulakan sesi persekolahan 2023/2024.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru