ARTIKEL

Kawasan sekitar SK Kampung Tegageng dinaiki air sejak minggu lalu

SK Kampung Tegageng dinaiki air akibat hujan lebat berterusan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NIAH: Hujan lebat berterusan yang berlaku sejak 25 November lalu menyebabkan sebuah sekolah di sini ditutup setelah dinaiki air setinggi lebih kurang empat kaki.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri berkata, sekolah yang terjejas akibat banjir melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tegageng.

Katanya, hujan lebat yang berterusan sejak minggu lalu di kawasan berkenaan telah menyukarkan paras air untuk surut bahkan semakin menaik.

“Hujan lebat berterusan menyebabkan paras air Sungai Batang Suai semakin naik dan masih melimpahi kawasan padang dan sekitar kawasan sekolah.

“Paras air semasa dalam kawasan sekolah berada pada ketinggian lebih kurang dua kaki, namun jalan masuk utama dan kedua masih dapat dilalui semua kenderaan.

“Bagaimanapun, kawasan asrama sekolah tersebut telah dinaiki air lebih kurang berketinggian empat kaki,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, hal ini telah menyebabkan sekolah itu terpaksa ditutup, dan semua murid terpaksa melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PDPR) atau secara dalam talian sejak minggu lalu.

Selain itu katanya, warga sekolah dinasihati untuk sentiasa peka terhadap keadaan air dan berpindah jika tidak selamat.

Pihak APM Miri melakukan pemantauan di sekitar kawasan sekolah tersebut yang terjejas akibat banjir

BERITA LAIN

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik

BERITA TERBARU

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik