ARTIKEL

SK Kpg. Tellian jaguh bola jaring

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Kampung Tellian berjaya mempertahankan kejuaraan tahun lalu setelah menewaskan pasukan SK Kampung Seberang. 

Pasukan SK Kampung Tellian yang juga tuan rumah menewaskan pasukan lawan dengan 10-6 dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Jaring 12 tahun ke bawah (TKB) Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Mukah 2023.

 Bagi tempat ketiga, telah dimenangi oleh pasukan SK Sungai Penipah, berjaya menewaskan SK Sungai Duan dengan 6-5 jaringan. 

Terdahulu, pada perlawanan separuh akhir, SK Kampung Tellian mengalahkan pasukan SK Sungai Penipah dengan 5-1 jaringan.  

Manakala, SK Kampung Seberang berjaya menundukkan SK Sungai Duan dengan 6-4 jaringan. 

Sehubungan itu, sebanyak 20 pasukan menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Mukah dengan kerjasama SK Kampung Tellian. 

Kejohanan ini adalah pemilihan pemainpemain untuk mewakili MSSD Mukah ke peringkat Bahagian yang akan diadakan di Daerah Daro kelak. 

Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Mukah,Awang Yusri Awang Adeni.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU