ARTIKEL

KAMI JUARA...Barisan pemain SK Pendam merakam gambar kenangan.

SK Pendam rangkul juara Piala PIBG SK Rebak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Sekolah Kebangsaan (SK) Pendam, Sadong Jaya mencipta kejutan apabila muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak Jemputan Sekolah-Sekolah Rendah Bahagian Samarahan, Piala PIBG SK Rebak 2024.

Skuad yang sinonim dengan gelaran ‘Tedung Melancar Junior’ bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum menyingkirkan juara bertahan SK Niup dengan kemenangan (2-0).

Kemenangan diperoleh menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-duanya terikat sepanjang 30 minit masa perlawanan akhir yang berlangsung di padang bola sepak Kampung Rebak, Asajaya semalam.

Kejayaan itu menyaksikan barisan pemain SK Pendam membawa pulang piala pusingan, piala iringan, pingat dan sijil penyertaan.

Sementara itu, hadiah piala, pingat dan sijil penyertaan turut diterima pemain SK Niup selaku naib juara.

Dalam pada itu, SK Sambir muncul pemenang tempat ketiga selepas menumpaskan SK St. Michael Entingan selaku pemenang tempat keempat dengan jaringan (3-2).

Kedua-dua pasukan terbabit turut menerima piala, pingat dan sijil penyertaan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Samarahan,
Sektor Pembangunan Murid (Sukan), Ariffin Alimin.

NAIB JUARA….SK Niup akur selaku naib juara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU