ARTIKEL

Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee bersama murid SK Sageng dalam Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Solat Hajat Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) serta Tahun 6 SK Sageng, hari ini. - Foto UKAS

SK Sageng dinaik taraf dengan kos RM26.691 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Sebanyak RM26.691 juta diperuntukkan bagi menaik taraf Sekolah Kebangsaan (SK) Sageng yang dimulakan pada 4 September lalu.

Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee berkata, projek itu dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan dijangka siap dalam tempoh 32 bulan iaitu pada 3 Mei 2028.

“Kerja-kerja awal kini sedang giat dijalankan melibatkan proses survei sebelum pembinaan dimulakan secara berfasa termasuk bangunan prasekolah, padang bola sepak, bangunan akademik, dewan baharu serta kerja menaik taraf blok sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Solat Hajat Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) serta Tahun 6 SK Sageng, hari ini.

Rodiyah menyifatkan pelaksanaan projek itu sebagai pelaburan besar untuk masa depan anak-anak agar mereka dapat belajar dalam suasana yang lebih selesa dan kondusif.

Justeru, beliau berkata akan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris memantau projek berkenaan agar berjalan lancar dan siap mengikut tempoh ditetapkan.

Hadir sama, Guru Besar SK Sageng Mohd Ramlan Bohri serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sageng Nurhashima Buliah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU