ARTIKEL

SK Tambay, Sarawak Energy tanam 750 anak pokok di Asajaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Sebanyak 750 batang anak pokok ditanam di Sekolah Kebangsaan (SK) Tambay, Asajaya semalam menerusi Kempen Penanaman Pokok, Perlindungan dan Pemulihan Habitat Sarawak Energy 2021-2030.

Program julung kali itu dianjurkan melalui kerjasama SK Tambay dan Sarawak Energy serta mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran ibu bapa, penduduk kampung dan guru.

KENANGAN TERINDAH…Semua yang terlibat sempat mengabadikan kenangan.

Ketua Kaum Kampung Tambay, Haji Umar Ayub menzahirkan rasa gembira terhadap penganjuran kempen berkenaan.

Beliau menyifatkan usaha melaksanakan kempen berkenaan sebagai langkah yang amat tepat kerana bukan sahaja memberi peluang kepada semua yang terlibat bersama-sama mengindahkan persekitaran sekolah berkenaan, malah memberi kesedaran tentang betapa pentingnya pelaksanaan kempen seumpama itu kepada masyarakat dalam usaha melindungi dan memulihara alam sekitar.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menganjurkan dan menjayakan kempen seumpama ini.

“Saya percaya ia memberi impak serta manfaat yang amat signifikan sekali,” ujar Haji Umar ketika mengulas mengenai kempen berkenaan.

Beliau berharap kempen seperti itu dilaksanakan secara berterusan pada masa akan datang.

BERITA LAIN

Intai wajah baharu

PERANCANGAN Kuching City FC untuk membentuk sebuah pasukan lebih kompetitif bagi mengharungi baki saingan musim 2026/2027 kini memasuki fasa penting apabila jendela perpindahan pemain semakin

Berundurnya Gibran

PELETAKAN jawatan Gibran Rakabuming Raka sebagai Naib Presiden – pengunduran pemimpin muda yang membuka persoalan lebih besar berkaitan kuasa, legasi Jokowi, kedudukan Prabowo dan masa

BERITA TERBARU

Intai wajah baharu

PERANCANGAN Kuching City FC untuk membentuk sebuah pasukan lebih kompetitif bagi mengharungi baki saingan musim 2026/2027 kini memasuki fasa penting apabila jendela perpindahan pemain semakin