ARTIKEL

SKAS Fasa 3 disalurkan esok membabitkan 901,857 penerima termasuk 26,979 penerima baharu.

SKAS Fasa 3 Mula Disalurkan Esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan mula menyalurkan bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 3 mulai esok kepada penerima sedia ada serta penerima baharu yang layak.

Menurut kenyataan Unit Perancangan Ekonomi Sarawak, Jabatan Premier Sarawak, seramai 901,857 penerima dikenal pasti layak menerima bantuan SKAS sehingga Fasa 3, termasuk 26,979 penerima baharu berdasarkan data terkini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.

Katanya, penerima baharu bagi fasa ini dikenal pasti berdasarkan tapisan data penerima STR Fasa 3 Tahun
2026 mengikut kriteria kelayakan yang ditetapkan.

“Bagi Fasa 3, penerima sedia ada akan menerima bantuan sebanyak RM360 bagi kategori isi rumah, RM200 bagi kategori warga emas dan RM125 bagi kategori individu bujang.

“Sementara itu, penerima baharu akan menerima jumlah bantuan penuh bagi tahun 2026, iaitu RM1,100 bagi kategori isi rumah, RM600 bagi kategori warga emas dan RM375 bagi kategori individu bujang,” katanya.

Kenyataan itu berkata, bantuan tersebut akan dikreditkan terus ke akaun e-dompet S Pay Global penerima.

Katanya, penyaluran bantuan SKAS bagi tahun 2026 dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu Fasa 1 telah disalurkan pada 10 Mac 2026, diikuti Fasa 2 pada 15 Mei 2026, manakala penyaluran Fasa 3 akan bermula pada 10 November 2026 secara berperingkat.

“Bagi penerima STR Fasa 4 Tahun 2026, semakan kelayakan SKAS boleh dibuat setelah Kerajaan Sarawak menerima dan melengkapkan proses tapisan data berkenaan berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan,” katanya.

Status kelayakan boleh disemak melalui laman web rasmi SKAS di sarawak.gov.my/skas.

Sehingga 9 November 2026, seramai 783,603 penerima atau 89.5 peratus daripada jumlah penerima yang layak telah menebus bantuan SKAS melalui e-dompet S Pay Global.

Penerima bantuan SKAS diingatkan supaya memastikan akaun e-dompet S Pay Global masing-masing aktif bagi melancarkan proses pengkreditan bantuan. Semua penerima yang layak juga disarankan supaya menebus bantuan SKAS melalui e-dompet tersebut sebelum 20 Disember 2026.

Bagi tahun 2026, Kerajaan Sarawak telah menyediakan peruntukan berjumlah RM680 juta bagi pelaksanaan bantuan SKAS sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan Sarawak untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan yang memerlukan.

BERITA LAIN

Titian uzur diganti, penduduk tarik nafas lega

MUKAH: Penduduk Kampung Tellian Tradisi kini menikmati kemudahan lebih selesa apabila projek menaik taraf titian bernilai RM335,000 menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2026 siap

BERITA TERBARU

Titian uzur diganti, penduduk tarik nafas lega

MUKAH: Penduduk Kampung Tellian Tradisi kini menikmati kemudahan lebih selesa apabila projek menaik taraf titian bernilai RM335,000 menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2026 siap