ARTIKEL

CAPAI SASARAN… Kemeriahan Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sibu 2026 yang dihadiri lebih 101,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya. (Foto UKAS)

SKS Sibu 2026 catat 101,030 pengunjung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sibu 2026 melabuhkan tirainya dengan merekodkan kehadiran keseluruhan 101,030 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran, sekali gus jauh mengatasi sasaran awal 30,000 pengunjung.

Program yang berlangsung di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang itu turut mencatatkan nilai jualan sebanyak RM444,632.60 menerusi segmen Sibu Kitchen & Sales, sekali gus memberi manfaat kepada usahawan tempatan.

Majlis penangguhan disempurnakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Bintulu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing, yang turut dihadiri Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee, Residen Bahagian Sibu, Superi Awang Said serta ketua-ketua jabatan.

Berdasarkan rekod Sekretariat SKS, program itu merekodkan kehadiran 21,566 pengunjung pada hari pertama, 44,528 pada hari kedua dan 34,936 pada hari terakhir.

Sepanjang penganjuran, pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan menawarkan perkhidmatan serta maklumat kepada rakyat, di samping pelbagai aktiviti seperti Fun Run, Fun Walk, Senamrobik, Aerobicthon Challenge, SKS Treasure Hunt, Wall Climbing Challenge, Sibu Strongman Championship dan sukan tradisional.

Majlis penutup turut menyaksikan pengumuman pemenang hadiah utama e-Peraduan berupa sebuah skuter elektrik yang dimenangi Mohamad Fekrie Barstani @ Bostari dari Pasai Siong, Sibu. – UKAS

BERITA LAIN

15 penerima peruntukan khas Perdana Menteri di Mukah

MUKAH: Majlis Sambutan Warga Emas Mukah bukan sahaja menjadi wadah menghargai golongan berusia, malah turut menyaksikan penyerahan pelbagai peruntukan dan sumbangan bagi menyokong keperluan masyarakat

BERITA TERBARU

15 penerima peruntukan khas Perdana Menteri di Mukah

MUKAH: Majlis Sambutan Warga Emas Mukah bukan sahaja menjadi wadah menghargai golongan berusia, malah turut menyaksikan penyerahan pelbagai peruntukan dan sumbangan bagi menyokong keperluan masyarakat