ARTIKEL

Skuad badminton para Sukma uji keupayaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemain skuad badminton Para Sukma Sarawak diuji keupayaan mereka menerusi perlawanan persahabatan menentang pasukan badminton Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) Negeri Sarawak di Arena Super Sports, Samarahan pada hujung minggu lalu.

Perlawanan melibatkan beberapa kategori, perseorangan lelaki, perseorangan wanita selain bergu lelaki.

Ketua jurulatih Suhaili Laiman memberitahu, aksi pemanas badan tersebut penting buat anak-anak buahnya.

“Secara tidak langsung ia dapat memberi peluang kepada pemain saya merasai aksi kompetitif.

“Pada masa sama mengenal pasti kelemahan para pemain, sekali gus mencari pendekatan untuk mencari jalan penyelesaian,” tegas Suhaili kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Suhaili, melalui pendekatan dilakukan itu juga turut meletak pemainnya berada pada situasi siap sedia untuk menghadapi kejohanan Para Sukma Kuala Lumpur 2022 nanti.

Dalam pada itu, Suhaili menegaskan, pihaknya akan cuba merangka beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan lain selepas ini.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU