ARTIKEL

Zamzaitul Akmal Hisham, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (duduk tengah) bergambar bersama-sama peserta bengkel.

SKUAD Junior Sarawak perkasa murid sebagai ejen perubahan cegah dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Murid yang menyertai SKUAD Junior Zon Sarawak 2026 digesa memainkan peranan lebih aktif sebagai pemangkin perubahan dalam usaha membentuk persekitaran sekolah yang selamat, sihat dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Peranan murid bukan lagi sekadar sebagai penerima maklumat berkaitan bahaya dadah, sebaliknya mereka perlu tampil sebagai rakan strategik yang mampu mempengaruhi rakan sebaya, keluarga dan komuniti menerusi penyampaian mesej pencegahan secara kreatif dan berkesan.

Perkara itu menjadi penekanan pada Majlis Penganugerahan SKUAD Junior Zon Sarawak 2026 hari ini, sekali gus menandakan berakhirnya Bengkel Training of Trainers (ToT) Program SKUAD Junior Zon Sarawak yang berlangsung selama tiga hari.

Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak, Zamzaitul Akmal Hisham Ahmad berkata, usaha mewujudkan sekolah bebas dadah memerlukan pelibatan menyeluruh dan tidak boleh hanya dipertanggungjawabkan kepada sesebuah agensi atau kementerian.

“Pendekatan secara bersama yang merangkumi sekolah, ibu bapa, komuniti, agensi kerajaan dan murid perlu diperkukuh bagi memastikan agenda pencegahan dadah dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan.

“Pendidikan pencegahan perlu dimulakan pada peringkat awal dengan memberi penekanan kepada pembentukan kesedaran dalam kalangan generasi muda, selain menggunakan kaedah yang lebih kreatif dan inovatif.

“Penggunaan media, teknologi, seni, sukan, permainan serta aktiviti kesukarelawanan boleh dijadikan medium yang lebih dekat dengan kehidupan dan minat murid,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan.

Menurut beliau, kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melalui pelaksanaan SKUAD Junior merupakan antara usaha memperkukuh pendidikan pencegahan dadah secara tersusun, berterusan dan memberi impak kepada warga sekolah.

Bengkel berkenaan disertai 24 guru daripada 15 sekolah melibatkan enam Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), iaitu Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Samarahan dan Serian, selain penyertaan pegawai AADK Negeri serta fasilitator dari JPN Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kedah.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di