ARTIKEL

UNTUK ALBUM….Nancy (tengah hadapan) merakam gambar kenangan sempena Program Semarak Skuad Waja Sarawak 2024. - Foto Mohd Alif Noni

Skuad waja bantu komuniti bertindak berani, bijak tangani kes keganasan rumah tangga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program Semarak Skuad Waja memperluaskan pemahaman dan kesedaran Skuad Waja dalam membantu komuniti pelbagai etnik dan latar belakang di Sarawak, khususnya golongan wanita.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, inisiatif ini dilancarkan selaras dengan agenda kementerian untuk memperkasakan wanita agar lebih berani dan bijak dalam menghadapi isu keganasan.

Di samping katanya, ia menyediakan mereka dengan pendedahan dan kaedah untuk menghapuskan segala bentuk keganasan terhadap wanita.

“Program ini menyediakan latihan untuk meningkatkan pemahaman psikologi, ketahanan, dan hak-hak perundangan melalui modul MATAHARI dan IRIS, bertujuan
meningkatkan kemampuan wanita dalam menghadapi keganasan serta memahami hak-hak mereka.

“Selain menekankan peranan penting pemimpin wanita dalam komuniti di Sarawak, mempertingkatkan peranan mereka dalam memerangi keganasan dan memperkuat komuniti,” katanya berucap pada perasmian Program Semarak Skuad Waja Negeri Sarawak 2024, di sini hari ini.

Menurut Nancy, Skuad Waja berfungsi sebagai agen perubahan yang meningkatkan pengetahuan wanita dalam hal perundangan, modus operandi jenayah dan tindakan yang perlu diambil.

Katanya, pendedahan ilmu serta aktiviti Skuad Waja dapat menjadikan mereka lebih berdikari, berani, dan sensitif terhadap keperluan masyarakat.

“Skuad ini juga bertindak sebagai sumber rujukan untuk masyarakat dalam menangani keganasan terhadap wanita dan membantu mangsa merujuk kes kepada pihak berwajib
serta mendapatkan bantuan profesional,” ujarnya.

Beliau berkata, sejak ditubuhkan pada tahun 2021 sehingga Disember 2023, Skuad Waja mempunyai seramai 329,221 ahli termasuk 254,506 wanita (77.3 peratus) dan 74,715 lelaki (22.7 peratus).

Katanya, bagi Sarawak sahaja, terdapat seramai 2,919 orang ahli Skuad Waja yang melibatkan seramai 2,807 wanita dan 112 lelaki.

“Melalui keahlian ini, ahli-ahli skuad telah turun padang bagi menyantuni masyarakat dan komuniti. Di samping
sebanyak 1,012 program psikososial telah dijalankan di seluruh negara melibatkan seramai 72,942 orang disantuni,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Dr Wan Nur Ibtisam Wan Ismail, Ahli Majlis Wanita Keluarga Negara (MWKN) Datu Dr Rasyidah Bolhassan, Ahli MWKN Datin Seri Angeline Ujang dan Ketua Pengarah LPPKN Abdul Shukur Abdullah.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU